Sambutan Hari Guru Negeri Sabah

Sambutan ini telah dianjurkan oleh Yun Fook Resources Sdn Bhd pada 21Mei 2024 dan dirasmikan oleh Profesor Adjung Datuk Yap Yun Fook. Majlis dihadiri oleh Penolong Ketua Pengarah Sektor Pembangunan murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPNS.

Objektif majlis ini antara lain adalah untuk;

  • Meraikan sambutan Hari Guru Negeri Sabah di SJK(C) Cheng Ming, dan kempen galakan amalan minum susu dalam kalangan murid.
  • Memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh semua guru.

Majlis turut dihadiri guru besar-guru besar dari

1. Daerah Tenom

2. Daerah Tambunan

3. Daerah Keningau (Zon Liawan)

4. Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Sekolah Rendah dan Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah daerah Keningau

Sambutan Hari Guru juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan daripada pelajar SJK(C) Cheng Ming, Keningau. Guru-guru di sekolah tersebut telah menerima sekuntum bunga ros sebagai pengiktirafan dan tanda penghargaan. Murid-murid juga membuat persembahan tarian, deklamasi sajak Hari Guru dan persembahan koir.

Sebagai Corporate Social Responsibility (CSR), syarikat telah menyumbangkan 4 buah sofa dan 200 buah kerusi plastik untuk kegunaan pihak sekolah semasa mengadakan majlis atau perhimpunan.

Scroll to Top